Jumaat, 19 Mei 2017

SAIZ TEMPAHAN UNTUK DIPILIH➤


#PILIH SAIZ

#HANTARKAN GAMBAR

#KAMI EDIT JIKA PERLU

#PEMBAYARAN

#PROSES CETAK 

#KAMI POS SECEPAT MUNGKIN










Selasa, 10 Mei 2011

sabaarr

kini aku sedang menanti amanah dan hadiah dari-Nya untuk kami sama-sama didik..kalu dulu, aku xlah reti sangat bab-bab gini, kini aku bagai catur membaham KING lawan, xsabar menanti, namun aku tetap menanti dan kini sudah 7 bulan..hehehe...
ada lagi baki 2 bulan..fuuuuuuuhhhh...boleh tahan jugak lama tu...:)
yang aku nak kongsi bersama ni bukan pasal hari atau tarikh. tapi kelibat insan yang "bertapa" kian lama ni..hehe:)
dia akan bergerak cergas tika disuluh..hehehehe...sambil suluh, dengar ayat-ayat suci pulak, lagi kuat..hehehe..suke rase tengok..macam tahu-tahu je nak "berkungfu"...:)
kadang-kadang dia tendang, karate pun pernah, kalu bab nak sekeh-sekeh tu, dah biasa dah..heheheh...
seronoknya dia, dari kecik dah dengar al-quran...dia seronok bila dengar..tapi kita yang kat luar ni...???fuuuuuuuuuuuuhhhh..
sikit pun cukup dah..kan??ambe la tu..huhuhu..
pape pun, doakan tuk insan yang bakal keluar ni yerr...
lain masa aku pulak doa tuk korang..:)

Sabtu, 26 Februari 2011




masjid itu pusat..

umumnya mengetahui apa itu masjid, seandainya kalimah dipinjamkan dari tanah arab,maka mereka melebalkannya sebagai jami'..namun di tempat kita, masjid adalah tempat solat yang ada khutbah hari jumaatnya, namun surau adalah skop kecil kerana tiada khutbah jumaat..

Masjid?
Apakah itu masjid?
Dan tahukah kamu apakah itu masjid?

masjid merupakan tempat yang melambangkan keislaman masyarakat setempat, sehinggakan ramai yang berlumba-lumba untuk menaiktarafkan masjid untuk umah. tidak lupa juga mereka yang bermegah dengan binaan masjid dan bilangan masjid tersebut..hebat bukan?

namun sedarkah kita, jemaah yang bejisimkan tiang lebih istiqamah dan ramai daripada jemaah berbekalkan jasad?? mungkin binaan ruh tidak diterapkan berbanding binaan masjid..sehinggakan melebihi keperluan ruh yang hanya mahukan makanan ruh berbentuk ilmu, amalan dan iman? apa fungsi kristal? besi? batu? itulah yang kita lihat..

kembali kepada sejarah Nabi Muhammad SAW yang usaha pertama tika hijrah ialah membina masjid Quba'. sesampai di Madinah Masjid Nabawi dibinanya kerana jantung dakwah mesti dibentuk terlebih dahulu bertepatan dengan praktikalnya..

Fungsinya cukup hebat..asas fungsi adalah lambang syiar islam..tiap orang mengangkat tangan tanda setuju asas ini..tibanya asas lain..saparuh tangan menyokong dan ala-ala sokong...iaitulah penyebaran agama secara syumul..kerana ada topik agama yang dilarang dan ada yang dibenarkan..bagaimana mungkin asas-asas lain daat dipraktikkan??
- temat satupadukan ummat.
- tempat terima nasihat dan amaran.
- aktiviti sosial dan kemasyarakatan..

"Manusia akan berjaya selagimana dia melatakkan dirinya dalam agama. Sebaliknya manusia akan binasa apabila meletakkan dirinya semakain jauh dan jauh daripada agama"

Jumaat, 11 Februari 2011



Penantian yang sangat panjang……

Syukur pada Tuhan Yang Terkenal dengan kehebatan-Nya, Penguasa kepada semesta alam, yang menciptakan siang dan malam, pemberi rezeki pada setiap orang..hanyalah ALLAH SWT…

Selawat dan salam khas untuknya Muhammad Bin Abdullah SAW Rasul yang dipilih Allah sebagai penerima Al-Quran dan sebagai rahmat untuk sekalian ALam…

Sudah lama blog terbengkalai, bukan kerana terlalu sibuk, apatah lagi tiada masa,

Nak kata bil tak bayar, semua ok, alasan yang reliven untuk masa kini adalah malas.:)

Kali ini saya nak kongsi bersama kawan-kawan berita yang menggemparkan dunia, dan akan menggegarkan dunia pahlawan tanpa sempadan tidak lama lagi… hihihihi

13.01.2011

Saya bersama zaujah pergi ke klinik wan saleha…cek punya cek, doctor cakap kena scan…terkejut tengok…dah ada isi kata orang..:)Alhamdulillah..

“Jantung dia denyut la bang” kata zaujah…

“Jelah ngat tengok ye” sambung lagi dengan muka senyum kambing..:)


5.02.2011

“Tadi jelah ngat napok tulang lakang yer, doctor kabor molek doh tu,cukup lekak lake dah,Cuma dok besor” kata zaujah selepas keluar dari bilk scan…

Berita gembira dalam sedih sebab tak dapat tengok.huhuhu…

Zaujah je tengok…

Insyallah bulan ramadhan akan dating,aan bertambah sorang lagi…

Laki ke Puan???

Entoh ler…



Ahad, 10 Oktober 2010

perkhwinan.ibadat, kurnian dan dakwah...

Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.

Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.

Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:

Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.

02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:

Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).

03.Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).

Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.

Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.

Perkahwinan Itu Satu Ibadah

Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.

Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.

Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.

Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:

"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah

Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?

Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.

Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.

Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.

Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.

Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.

Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.


Khamis, 26 Ogos 2010

Serbuan regim Israel ke atas Hebron, menggeledah rumah-rumah rakyat Palestine yang tertindas


Khamis , 26/08/2010 – Pasukan penjajah regim Israel (IOF) hari ini menyerbu sejumlah rumah di kawasan Zef di selatan bandar Hebron, di Tebing Barat.
Tentera regim zionis itu melakukan penggeledahan rumah dengan alasan mereka telah mendengar bunyi tembakan. Namun begitu apa yang mereka jumpa hanyalah mercun dan bunga api, menurut laporan sumber-sumber tempatan. Tentera regim turut menubuhkan sejumlah pos-pos pemeriksaan tentera di daerah lain di Hebron. Lebih dari 500 pos-pos pemeriksaan tentera di Tebing Barat didirikan untuk mereka gunakan sebagai tempat untuk menghentikan warga Palestin dan mengesahkan kad pengenalan mereka. Tujuan utama mereka konon-kononnya adalah untuk mencari ” warga Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Sabtu, 21 Ogos 2010


saya sebagai mohor-mohor diraja di kampung tanjung pagar dengan ini secara berbesar hatinya ingin berkongsi bahagia bersama teman-teman yang kenal atau tidak bahawa sesungguhnya, tanggal 22hb ogos 2010 bersamaan 12 ramadhan 1431 telah lahir seorang puteri yang comel lagi cute ke dunia barunye selepas 9bulan berkampung diperkampungan yang terpecil berbanding dunia barunya walaupun baginya dunia terpencil itu sangat besar sewaktu disana....
namun beliau sedar bahawa masih ada dunia lagi besar akan menanti manusia..:)
haaa...ni la anOk sdare ambe baru,bulan mulia lak tu..semoga kehidupannye karang semulia bulan kelahiran serta memuliakan orang sekelilingnya kelak..amiiiinnnn....bukan setakat penyejuk dimata, bahkan dihati serta di jantung..hahahha..anOk sdare dari abang sulOng ambe..
apa yang difikirkannya ek???
hampa dengan dunia yang penuh dengan luka-luka agama??...huhuhuhuhu
pape pun, memang comel, tapi ambe lak sedih sebab xreti nak dukung,,hehehe
lembik sangat, takut xstabil lak..hehehe, 3kilo bukanlah menjadi kekuatan tuk aku, tapi law 10 kilo, ambe buleh angkut..hehehehe
xpe, dah besar sikit karang, siapla kamu yaaaaaaa...hehehehe