Khamis, 26 Ogos 2010

Serbuan regim Israel ke atas Hebron, menggeledah rumah-rumah rakyat Palestine yang tertindas


Khamis , 26/08/2010 – Pasukan penjajah regim Israel (IOF) hari ini menyerbu sejumlah rumah di kawasan Zef di selatan bandar Hebron, di Tebing Barat.
Tentera regim zionis itu melakukan penggeledahan rumah dengan alasan mereka telah mendengar bunyi tembakan. Namun begitu apa yang mereka jumpa hanyalah mercun dan bunga api, menurut laporan sumber-sumber tempatan. Tentera regim turut menubuhkan sejumlah pos-pos pemeriksaan tentera di daerah lain di Hebron. Lebih dari 500 pos-pos pemeriksaan tentera di Tebing Barat didirikan untuk mereka gunakan sebagai tempat untuk menghentikan warga Palestin dan mengesahkan kad pengenalan mereka. Tujuan utama mereka konon-kononnya adalah untuk mencari ” warga Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Sabtu, 21 Ogos 2010


saya sebagai mohor-mohor diraja di kampung tanjung pagar dengan ini secara berbesar hatinya ingin berkongsi bahagia bersama teman-teman yang kenal atau tidak bahawa sesungguhnya, tanggal 22hb ogos 2010 bersamaan 12 ramadhan 1431 telah lahir seorang puteri yang comel lagi cute ke dunia barunye selepas 9bulan berkampung diperkampungan yang terpecil berbanding dunia barunya walaupun baginya dunia terpencil itu sangat besar sewaktu disana....
namun beliau sedar bahawa masih ada dunia lagi besar akan menanti manusia..:)
haaa...ni la anOk sdare ambe baru,bulan mulia lak tu..semoga kehidupannye karang semulia bulan kelahiran serta memuliakan orang sekelilingnya kelak..amiiiinnnn....bukan setakat penyejuk dimata, bahkan dihati serta di jantung..hahahha..anOk sdare dari abang sulOng ambe..
apa yang difikirkannya ek???
hampa dengan dunia yang penuh dengan luka-luka agama??...huhuhuhuhu
pape pun, memang comel, tapi ambe lak sedih sebab xreti nak dukung,,hehehe
lembik sangat, takut xstabil lak..hehehe, 3kilo bukanlah menjadi kekuatan tuk aku, tapi law 10 kilo, ambe buleh angkut..hehehehe
xpe, dah besar sikit karang, siapla kamu yaaaaaaa...hehehehe