Khamis, 26 Ogos 2010

Serbuan regim Israel ke atas Hebron, menggeledah rumah-rumah rakyat Palestine yang tertindas


Khamis , 26/08/2010 – Pasukan penjajah regim Israel (IOF) hari ini menyerbu sejumlah rumah di kawasan Zef di selatan bandar Hebron, di Tebing Barat.
Tentera regim zionis itu melakukan penggeledahan rumah dengan alasan mereka telah mendengar bunyi tembakan. Namun begitu apa yang mereka jumpa hanyalah mercun dan bunga api, menurut laporan sumber-sumber tempatan. Tentera regim turut menubuhkan sejumlah pos-pos pemeriksaan tentera di daerah lain di Hebron. Lebih dari 500 pos-pos pemeriksaan tentera di Tebing Barat didirikan untuk mereka gunakan sebagai tempat untuk menghentikan warga Palestin dan mengesahkan kad pengenalan mereka. Tujuan utama mereka konon-kononnya adalah untuk mencari ” warga Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Tiada ulasan: