Sabtu, 21 Ogos 2010


saya sebagai mohor-mohor diraja di kampung tanjung pagar dengan ini secara berbesar hatinya ingin berkongsi bahagia bersama teman-teman yang kenal atau tidak bahawa sesungguhnya, tanggal 22hb ogos 2010 bersamaan 12 ramadhan 1431 telah lahir seorang puteri yang comel lagi cute ke dunia barunye selepas 9bulan berkampung diperkampungan yang terpecil berbanding dunia barunya walaupun baginya dunia terpencil itu sangat besar sewaktu disana....
namun beliau sedar bahawa masih ada dunia lagi besar akan menanti manusia..:)
haaa...ni la anOk sdare ambe baru,bulan mulia lak tu..semoga kehidupannye karang semulia bulan kelahiran serta memuliakan orang sekelilingnya kelak..amiiiinnnn....bukan setakat penyejuk dimata, bahkan dihati serta di jantung..hahahha..anOk sdare dari abang sulOng ambe..
apa yang difikirkannya ek???
hampa dengan dunia yang penuh dengan luka-luka agama??...huhuhuhuhu
pape pun, memang comel, tapi ambe lak sedih sebab xreti nak dukung,,hehehe
lembik sangat, takut xstabil lak..hehehe, 3kilo bukanlah menjadi kekuatan tuk aku, tapi law 10 kilo, ambe buleh angkut..hehehehe
xpe, dah besar sikit karang, siapla kamu yaaaaaaa...hehehehe

Ahad, 25 Julai 2010

sedapnya durian





sekarang semua kecoh sebab musim durian dah mula turun, durian dah mula tunjuk ganasnya..:) yang ada pohon durian, tiap masa dan saat pasti tunggu pasang telinga, kot-kot ada bunyi durian jatuh, maklumla durian bukan jenis dipetik atau di peram, kn? andainya durian jenis dipetik pastu diperam, kompem musim durian tak pernah putus-putus,kn??hehehe..kite pulak yang bosan.. tak khusyuk la kalau durian diperam, kan?
belakang rumah aku, peeehhhh...sekali jatuh, berkejar-kejar nak amik durian, benih sedap katekan..hehehe..tapi yang aku geramnya, sebijik tu, hilang entah kemana..sape yang curi??entah le...



tapi durian, ada ajaibnya..:)
tengah-tengah aku buka durian tu (cekoh) loghah terengganu..aku terlintas kat otak aku...kita duk buka durian ni kan, asyik-asyik kena duri, tapi bila dah rasa isinya, pehhh..lupa sakit tuuu..:)kn?
jadi, yang aku nak bagitahu ni....kalau kita nak yang manis, yang baik...mesti kena lalui yang pahit dan sakit dulu...mane mungkin nikmat indah itu dapat kita rasai tanpa rasa laluan sukarnya,kan??




"waaaaahhhh...cantiknya pelangi tuuuu..." lepas hujan lebat turun, adanya pelangi...
fikir la...renung la...
durian tetap sedap dimakan,,hehehe

Khamis, 8 Julai 2010

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.


Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Selasa, 4 Mei 2010

SeMaLaM
Kisah Suka Duka Kenagan Semalam
Masih Terukir Indah Di Ingatan
Teguh Terpahat Di Hati Nurani
Masih Jelas Terbayang Di Fikiran
Persahabatan Yang Lahir Dari Kasih Sayang
Segala Rintangan Kita Kongsi Bersama
Walaupun Susah Kita Tempuhi Jua
Tak Pernah Ada Rasa Bermusuhan
Di Kalangan KitaItulah Sifat Kasihmu Duhai Teman-Teman
Sukar Rasanya Untuk Mencari Teman
Yang Berhati Mulia Penuh Keikhlasan
Benarlah Kata Pujangga
Teman Ketawa Boleh Dicari
Teman Menangis Hanya Keseorangan Diri
Kasih Murni Hubungan Insan
Kasih Suci Jalinan Iman
Terungkap Sebuah Persahabatan
Yang Lahir Dari Cinta Kasih
Pada Mu Tuhan

Rabu, 28 April 2010

BETULKAN NIATMU MENUNTUT ILMU


ketahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu , yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan , seandainya engkau berminat dalam mencari ilmu ini , untuk berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan kawan , dan untuk menarik perhatian terhadap dirimu dan menghimpun terhadap kekayaan dunia , maka sesungguhnya engkau telah berusaha untuk menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri , dan menjual akhiratmu untuk mendapat harta dunia , maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaan mu adalah porak peranda dan guru yang mengajarmu dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian . ketika ini guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah : Ertinya : “ sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut “ Dan jikalau niatmu dalam mencari ilmu ini untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada dilaut semuanya meminta ampun darimu apabila engkau berjalan . Imam Al Ghazali

Isnin, 19 April 2010

APCO ?????




demikianlah bantahan masyarakat yang sayang kepada Islam dan tanah air daripada campur tangan Yahudi la'natullah...
namun begitu, sifat kerajaan masa kini tetap bertegas dan berusaha kearah menjalinkan hubungan dua hala dengan musuh Islam...kenapa???
kenapa kerajaan masih bertegas dalam hal ini???
teruskan jawapannya melalui......


(http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26096:-kerajaan-malaysia-agen-israel&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136)

Sabtu, 10 April 2010

Orang Yang Berilmu Adalah Pandai


Peningkatan kesedaran Islam turut akan menjadi faktor penentu kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah menyuburkan budaya ilmu di kalangan masyarakat Islam dengan menyediakan peluang-peluang bagi mereka untuk menambah ilmu pengetahuan. Masjid-masjid dan surau-surau giat menganjurkan majlis-majlis ilmu seperti kuliah, tazkirah dan forum. Ia menjadi pusat ilmu.

Apabila rakyat menjadi semakin berilmu mereka akan dapat menilai dengan tepat pemimpin yang paling layak untuk memimpin mereka.

Contohnya Al-Quran mengajar umat Islam bahawa Yahudi akan sentiasa memusuhi umat Islam maka umat Islam yang memahami hakikat ini akan menolak mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengan Yahudi.

Dengan kesedaran terhadap aspek-aspek kerohanian ini maka rakyat juga akan menolak mereka yang mengamalkan budaya rasuah dan salahguna kuasa.

Walau bagaimanapun, Umno dan Barisan Nasional mahu rakyat terus jahil. Apabila rakyat jahil maka senanglah mereka diperbodoh-bodohkan.

Ketika pemerintahan Barisan Nasional di Selangor, program-program di masjid dan surau tidak sebanyak sekarang. Ramai penceramah-penceramah disekat dan dihalang.

Tetapi apabila Dato Hasan Mohd. Ali dari PAS dilantik menjadi Exco menjaga hal ehwal agama Islam, masjid dan surau telah kembali menjadi tempat tumpuan masyarakat. Khutbah-khutbah Jumaat juga menjadi lebih bertenaga dan sidang Jumaat tidak mengantuk seperti dulu.