Jumaat, 19 Mei 2017

⫷ Info Lengkap ⫸

Bismillah...
EDIBLE IMAGE 


* Alhmdulillah,'Edible Image kemy' makin dikenali n diminati...
* Mane2 yang inginkan kelainan untuk dekorasi kek,EDIBLE IMAGE la jawapannye...

* Semua jenis gambar boleh termasuk gambar sendiri...
                         
# Edible Image kek
# Edible Image Lollichop
# Edible Image CupCake
# Icing paper

*Cara mudah dan pantas untuk menghias kek. Tak perlu pengalaman menghias kek yang luas.
*Ada sijil halal oleh JAKIM.
*RM 17 untuk satu helai untuk semua saiz tidak termasuk kos penghantaran / postage
*Tempahan diproses dengan cepat 
*Edit percuma ( simple + wording)
Hubungi 013 292 0692 / 019 968 7457 Whatsapp/SMS

# Anda boleh pilih mana-mana bentuk yang berkenan untuk diletakkan gambar pilihan anda sendiri.
  

# Penghantaran akan dibuat pada hari Ahad - Khamis menggunakan Pos Laju sahaja.

# Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan sebelum pukul 10 pagi, kami akan Pos keluar pada petang hari yang sama.(Ahad hingga Khamis sahaja)

# Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan selepas pukul 10 pagi, kami akan Pos kelur pada petang hari keesokannya


# Sila maklumkan pembayaran sebelum pukul 10pagi selepas pembayaran dibuat untuk kami proceed dengan design dan poskan hari yang sama. Makluman selepas pukul 10pagi akan diproses keesokannya(Isnin - Jumaat).
  
Kos Penghantaran:
# RM5 - Semenanjung Malaysia (tidak terhad kepada berapa sheet pun, harga tetap sama RM5).
# RM10 - Sabah/Sarawak/Labuan (tidak terhad kepada berapa sheet pun, harga tetap sama RM10).

Pembayaran:
# Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun berikut.
a. Bank Islam - 08059020103093 (SHAYUTI –My Hubby)
b. CIMB - 7612431739 (SHAYUTI - My Hubby)

*Selepas pembayaran dibuat, pastikan anda email/sms/whatsapp masa & jumlah pembayaran untuk kami "proceed" dengan pesanan anda. 
Sekiranya pembayaran yang dibuat melebihi jumlah pembelian anda (contohnya Mesin Cash Deposit tidak merima Wang Kertas RM5), kami akan memulangkan baki duit anda bersama-sama dengan edible image yang dipesan.

Cara Membuat Pesanan:
Pesanan boleh dibuat dengan mengisi order form di 

Kami hanya menerima pesanan secara online melalui order form sahaja.


Proses Pesanan
# Isi Order Form.
# Buat pembayaran mengikut jumlah yang dikira secara automatik di order form.
# Hantar SMS/Whatsapp atau email selepas pembayaran dibuat.
# Kami akan mula memproses pesanan anda.
# Sample akan di hantar sebelum pukul 1 petang hari dipos/selfcollect sekiranya perlu untuk mendapat pengesahan anda.
# Anda membuat pengesahan (akan di proceed secara automatik selepas pukul 1 petang sekiranya tidak dibuat pengesahan)
# Gambar akan mula di print
# Pesanan anda di pos keluar.

Hubungi Kami:
Pastikan anda membaca info lengkap yang telah disediakan sebelum membuat sebarang pertanyaan.

Tel/SMS/Whatsapp: 013-292 0692 (Kemy)

Alamat:
PJ 9E KUARTES PENJARA MARANG,
TAMAN MELOR,
21600 MARANG, TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

Lain-Lain:
- Sekiranya saiz template yang anda ingini tiada di album kami, sila nyatakan saiz yang anda ingini dan kami akan "customize" untuk anda tanpa sebarang caj tambahan.
-Sekiranya gambar yang ingini tiada di album kami, inform kepada kami gambar yang anda ingini, kami akan carikan untuk anda (memerlukan masa 1 hingga 2 hari) atau anda boleh Google di internet dan bagi link gambar kepada kami. Kami akan modify & printkan mengikut template yang anda ingini tanpa apa2 caj tambahan.




SAIZ TEMPAHAN UNTUK DIPILIH➤


#PILIH SAIZ

#HANTARKAN GAMBAR

#KAMI EDIT JIKA PERLU

#PEMBAYARAN

#PROSES CETAK 

#KAMI POS SECEPAT MUNGKIN










Selasa, 10 Mei 2011

sabaarr

kini aku sedang menanti amanah dan hadiah dari-Nya untuk kami sama-sama didik..kalu dulu, aku xlah reti sangat bab-bab gini, kini aku bagai catur membaham KING lawan, xsabar menanti, namun aku tetap menanti dan kini sudah 7 bulan..hehehe...
ada lagi baki 2 bulan..fuuuuuuuhhhh...boleh tahan jugak lama tu...:)
yang aku nak kongsi bersama ni bukan pasal hari atau tarikh. tapi kelibat insan yang "bertapa" kian lama ni..hehe:)
dia akan bergerak cergas tika disuluh..hehehehe...sambil suluh, dengar ayat-ayat suci pulak, lagi kuat..hehehe..suke rase tengok..macam tahu-tahu je nak "berkungfu"...:)
kadang-kadang dia tendang, karate pun pernah, kalu bab nak sekeh-sekeh tu, dah biasa dah..heheheh...
seronoknya dia, dari kecik dah dengar al-quran...dia seronok bila dengar..tapi kita yang kat luar ni...???fuuuuuuuuuuuuhhhh..
sikit pun cukup dah..kan??ambe la tu..huhuhu..
pape pun, doakan tuk insan yang bakal keluar ni yerr...
lain masa aku pulak doa tuk korang..:)

Sabtu, 26 Februari 2011




masjid itu pusat..

umumnya mengetahui apa itu masjid, seandainya kalimah dipinjamkan dari tanah arab,maka mereka melebalkannya sebagai jami'..namun di tempat kita, masjid adalah tempat solat yang ada khutbah hari jumaatnya, namun surau adalah skop kecil kerana tiada khutbah jumaat..

Masjid?
Apakah itu masjid?
Dan tahukah kamu apakah itu masjid?

masjid merupakan tempat yang melambangkan keislaman masyarakat setempat, sehinggakan ramai yang berlumba-lumba untuk menaiktarafkan masjid untuk umah. tidak lupa juga mereka yang bermegah dengan binaan masjid dan bilangan masjid tersebut..hebat bukan?

namun sedarkah kita, jemaah yang bejisimkan tiang lebih istiqamah dan ramai daripada jemaah berbekalkan jasad?? mungkin binaan ruh tidak diterapkan berbanding binaan masjid..sehinggakan melebihi keperluan ruh yang hanya mahukan makanan ruh berbentuk ilmu, amalan dan iman? apa fungsi kristal? besi? batu? itulah yang kita lihat..

kembali kepada sejarah Nabi Muhammad SAW yang usaha pertama tika hijrah ialah membina masjid Quba'. sesampai di Madinah Masjid Nabawi dibinanya kerana jantung dakwah mesti dibentuk terlebih dahulu bertepatan dengan praktikalnya..

Fungsinya cukup hebat..asas fungsi adalah lambang syiar islam..tiap orang mengangkat tangan tanda setuju asas ini..tibanya asas lain..saparuh tangan menyokong dan ala-ala sokong...iaitulah penyebaran agama secara syumul..kerana ada topik agama yang dilarang dan ada yang dibenarkan..bagaimana mungkin asas-asas lain daat dipraktikkan??
- temat satupadukan ummat.
- tempat terima nasihat dan amaran.
- aktiviti sosial dan kemasyarakatan..

"Manusia akan berjaya selagimana dia melatakkan dirinya dalam agama. Sebaliknya manusia akan binasa apabila meletakkan dirinya semakain jauh dan jauh daripada agama"

Jumaat, 11 Februari 2011



Penantian yang sangat panjang……

Syukur pada Tuhan Yang Terkenal dengan kehebatan-Nya, Penguasa kepada semesta alam, yang menciptakan siang dan malam, pemberi rezeki pada setiap orang..hanyalah ALLAH SWT

Selawat dan salam khas untuknya Muhammad Bin Abdullah SAW Rasul yang dipilih Allah sebagai penerima Al-Quran dan sebagai rahmat untuk sekalian ALam

Sudah lama blog terbengkalai, bukan kerana terlalu sibuk, apatah lagi tiada masa,

Nak kata bil tak bayar, semua ok, alasan yang reliven untuk masa kini adalah malas.:)

Kali ini saya nak kongsi bersama kawan-kawan berita yang menggemparkan dunia, dan akan menggegarkan dunia pahlawan tanpa sempadan tidak lama lagi hihihihi

13.01.2011

Saya bersama zaujah pergi ke klinik wan salehacek punya cek, doctor cakap kena scanterkejut tengokdah ada isi kata orang..:)Alhamdulillah..

“Jantung dia denyut la bang” kata zaujah

“Jelah ngat tengok ye” sambung lagi dengan muka senyum kambing..:)


5.02.2011

“Tadi jelah ngat napok tulang lakang yer, doctor kabor molek doh tu,cukup lekak lake dah,Cuma dok besor” kata zaujah selepas keluar dari bilk scan

Berita gembira dalam sedih sebab tak dapat tengok.huhuhu

Zaujah je tengok

Insyallah bulan ramadhan akan dating,aan bertambah sorang lagi

Laki ke Puan???

Entoh ler



Ahad, 10 Oktober 2010

perkhwinan.ibadat, kurnian dan dakwah...

Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.

Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.

Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:

Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.

02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:

Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).

03.Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).

Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.

Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.

Perkahwinan Itu Satu Ibadah

Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.

Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.

Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.

Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:

"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah

Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?

Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.

Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.

Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.

Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.

Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.

Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.


Khamis, 26 Ogos 2010

Serbuan regim Israel ke atas Hebron, menggeledah rumah-rumah rakyat Palestine yang tertindas


Khamis , 26/08/2010 – Pasukan penjajah regim Israel (IOF) hari ini menyerbu sejumlah rumah di kawasan Zef di selatan bandar Hebron, di Tebing Barat.
Tentera regim zionis itu melakukan penggeledahan rumah dengan alasan mereka telah mendengar bunyi tembakan. Namun begitu apa yang mereka jumpa hanyalah mercun dan bunga api, menurut laporan sumber-sumber tempatan. Tentera regim turut menubuhkan sejumlah pos-pos pemeriksaan tentera di daerah lain di Hebron. Lebih dari 500 pos-pos pemeriksaan tentera di Tebing Barat didirikan untuk mereka gunakan sebagai tempat untuk menghentikan warga Palestin dan mengesahkan kad pengenalan mereka. Tujuan utama mereka konon-kononnya adalah untuk mencari ” warga Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada